Thursday 16 June 2011

~ Mood vs Berat ~

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia..

Emm...
Minggu yang agak bz..
Banyak training nak kene attend sbb nak bg cukup point
untuk naik gaji.. huhuhu..
Hurmm.. Banyak yang jadi dalam seminggu dua ni..
tapi xleh nak cite semua..
sbb xleh nak cite la.. Rahsia mane boleh bgtau kat org lain.. =P
huhuhu..


Berbalik pada tajuk entri ni..
Berat badan adalah salah satu isu yang sensitif
bagi kaum hawa..
Selain Usia, perkahwinan, kecantikan body..
Berat badan pon boleh mengundang pergaduhan
dah juga " perang kecil-kecilan "..
Hahahahaha...


By the way..
Kepada Semua Kaum Hawa yang MEMbaca @ 'TER'baca blog aku
yang agak berhabuk & lapuk ni..
Kenape korang nak bising pasal BERAT NAIK @ XCUKUP BERAT..
Huhuhu..
Sorry la kalau aku agak kejam..
ada jawapan x..????

hehehe.. pada suatu petang yang damai..
tiba-tiba.. "pappara papicano.." **bunyi ringtone mesej kat fon aku..
Ooo..dari buah hati ku sayang..

Cik S.A : B... Berat Ayang dah naik...
Aku : Tahniah...(",)
Cik S.A : B ni.. Jahat..

**Konpius...
Salah ekh ucap tahniah..? xkan nak ucap Takziah plak.. huhuhu..

So...
aku pon tanye : Nape berat naik..?
Cik S.A : Sebab senang hati.. Tido lena..
Aku : Nape senang hati..?
Cik S.A : Sbb B la.. Pandai jaga Ayang...

**Salah aku ke berat die naik..??? tertanye2 dalam hati..
Hahahaha...

Hurmm.. Tibe2 rase bersalah plak..
sebab selalu amik berat pasal buah hati tu, dia pon makin berat..
Oppsss... silappp2...
Sebab terlalu caring.. pandai jaga hati.. bijak memujuk ( just nak bg sedap ayat..) & membelai..
Berat dia dah naik...
Camne nak buat ni..????
xkan nak bg dia sakit hati.. susah hati.. tido xlena..
mandi xbasah.. makan xkenyang..
nnti sakit plak die.. bukan berat yang turun..
huhuhu... silap2 hantaran yang turun nnti..
hehehe...

Kepada Cik S.A ku sayang..
Apabila berat badan anda naik..
Tu salah satu petunjuk positif bg saya..
Sebab awak happy dengan saya..
jadi awak makan pon lalu.. tido pon lena kan..
Saya BUKAN :
nak main2kan awk..
nak seksa awak..
nak sakitkan hati awak..
nak awak merana..
nak awak makan hati sorang2..

nanti awak sakit.. awak xlalu makan..
Paham x..?
Skrg ni advice saya untuk awak yang saya sayang..
kalau awak baca ni..
Kite diet same2 nnti nak..? xyah la diet seksa badan..
org gile jer diet xmakan.. hehehe..
Kadang2 bkn sbb makan pon berat kite naik..
senang hati pon dah boleh buat berat seseorang itu naik..
**xde  kajian yang dibuat untuk buktikan ayat di atas.. Just nak sedapkan hati..
Hahaha...
Saya pon bukan kecik sangat.. Awak xyah la risau yerr..
Setakat berat awak naik sikit..
Tak kurang pon & Xde effect pon kat 
perasaan Sayang & Cinta saya kat berat awak tu..
Malah makin bertambah2.. Sebab awak makin Chumelllll..
**Ikhlas dari hati..


Oleh itu.. Kawal la perasaan anda wahai kaum hawa..
PALING PENTING.. bile hati tengah bunge2 tu..
SILA KAWAL NAFSU MAKAN ANDA SEKALI..
Huhuhu....


Bagi yang xcukup berat tu, jgn makan hati sgt...
Terima la Qada&Qadar yang telah ditetapkan..
Kalau duk susah hati jerr.. sampai bile2 anda akan tinggal tulang kan..
Senang hati & susah hati itu tak bermaksud bersama
PAKWE a.k.a Special Boyfriend a.k.a Skandel a.k.a Kawan Baik anda..
kadang2.. family.. Kawan2.. tempat kerja/tempat blajar.. kawasan tempat tinggal.. 
atau anda terlalu memikirkan kenape anda still belom berpunya @
kenapa anda selalu dikecewakan @ kenapa anda kurus..
Kita Hanya Mampu Berusaha.. DIA yang Maha Esa yang menentukan
ape yang terbaik untuk kita..
dan ingatlah..
Kadang2 apa yang kita inginkan itu bukanlah yang terbaik untuk kita..
Emm..
Jadi.. Terima la Diri anda dengan Hati yang terbuka & Redha..
mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
hehehe...

::::::::::::::::::::::::::::::::---------- AMARAN KERAS ----------::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Cerita di atas adalah REKAAN semata2.. Jangan cuba memanipulasikan ayat2 best dari
cerita ini untuk kepentingan peribadi anda untuk mendapatkan perhatian dari sesiapa..
Semua ini sekadar renungan bersama.... Sekian. **mood : PERASAN.. terima kasih..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hahahaha.... **bace sambil gelak guling2...
" There's no word such as "LUCK".. Either its Choices or A Fate.. "
Make your Choice & Enjoy Ur Life..

Selamat menjalani hari2 yang indah..

Thursday 9 June 2011

~ Kisah Kau & Aku.. ~

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia..

ErmMm...
Macam xsangka jer aku dah nak tunang pas raye nnti..
hehehe.. Syukur Alhamdulillah..
Macam dlm drama tv jer kisah cinta aku & Cik S.A..


Bile baca2 balik mesej2 yg kitaorg antar
mcm dah tersusun jer setiap ape yg kitaorg rancangkan..
Mungkin ni lah yg dikatakan JODOH & TAKDIR..
Sebelum ni kekecewaan yang aku alami membuatkan aku trauma
untuk kenal CINTA..
kalau boleh operate hati & perasaan ni..
Mmg banyak sgt kot bekas2 parut yg ada..
hehehe.. tapi tu semua pengalaman bercinta masa budak2..
Cinta Monyet.. Cinta lahir dari mata..


Sebelum ni kalau nak bercinta nak yang
lawa.. cantik.. kulit licin.. putih.. bersih.. ayu.. comel..
lemah lembut.. badan mcm artis.. dressing yg membuat hati bergetar..
Huhuhu.. dunia.. dunia..
semua yang indah di mata kita tak semestinya yang
terbaik & tercantik..
Kadang2 apa yang kita harap2kan sgt tu bkn yang terbaik untuk kita..
Emm...
Muka lawa, badan mcm artis tapi tak xreti masak, pemalas..
Muka ensem, badan mantap ketak2.. tapi nak bangun subuh pon liat..


Setiap Manusia ada kekurangan.. Itu Kenyataan..!!!!
Sape yang perfect skrg ni.. SILA JUMPA AKU... I Really Wanna see U..
huhuhu..

Aku xcakap aku baik mcm malaikat..
Aku xcakap aku jahat mcm setan..
Aku hanya manusia Ciptaan yang Maha Esa
dikurniakan Akal & Fikiran untuk menjadi
seorang Hamba yang sentiasa mahukan Kebaikan..
Tapi masih lagi manusia biasa
yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan..


Kepada Cik S.A..
Pengenalan kita membuat aku terasa
indah nya Perasaan CINTA yang DIA berikan kepada kita..
Syukur sgt sbb DIA tak melalaikan & membiarkan kita hanyut
Kita masih boleh menyerahkan Jiwa kita kepada DIA..
Cinta antara kita sesama manusia membuat kita lebih mengenali DIA..
Aku harapkan aku boleh menjadi seorang suami yang tak akan lalai
kepada duniawi..
Harta dunia kita boleh carikan..
Kebahgiaan tidak boleh dibeli dengan harta setinggi gunung..
Aku xmampu menjanjikan kemewahan harta dunia..
Nak bawak pergi bulan & bintang jauh skali..
Hanya mampu memberikan janji MencintaiMu sepenuh hati..
Susah Senang bersama..
Sehidup tapi xmungkin semati.. hehehe..
Hidup & mati di tangan Allah Yang Maha Kuasa..


Tak sabar nak tunggu Hari Pertunangan & Hari Perkahwinan kita nnti..
walaupon mcm lambat lagi..
Tapi tiap2 hari mcm sekejap jer berlalu..
Ermm.. Walaupon kadang2 kita suka gaduh
pasal benda2 remeh..
Tapi semua tu membuatkan kita lebih mengenali
antara satu sama lain..
Lebih mengenali hati budi masing2..
Setiap orang ade kekurangan kan..
Saya harap Awak boleh terima kekurangan
saya dan awak sudi melengkapkan kekurangan
saya dengan kelebihan yang awak ada..



Terima Kasih Cik S.A..
sebab sudi terima saya seadanya.
" I'm Always missing her Until She's Really mine..
Then She will know how deep my love for her.." r@ted-X-


Syukur Alhamdulillah..
Atas kurniaan Ilahi kepada
Jodoh yang telah diberikan..
Aku berjanji untuk menjaga Dia
sepenuh hati..
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah..
hanya pada-Mu aku berserah..


Sekian...
Terima Kasih kerana sudi membaca..(",)

R@ted-X-
2:10 pm 9/6/2011

Sunday 5 June 2011

~ Hari Raya Ke-2 Yg Ternanti².. ~

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia...


Raya Paling Bermakna & Amat aku Tunggu²..
Mood : Malas nak update blog yg berhabuk ni..



Kepada Cik S.A ku syg..
Next year kita pegi Honeymoon yerr..(",)