Saturday 17 May 2014

~ 2014 = Full With Colours ~

Assalamualaikum...

Fuhhhhh.... Fuuhhhhh... Fuuhhhhh.....~ ~ ~ ~ ~

Berhabuk..bukan berhabuk jer..dah naik kulat..

Alhamdulillah..
Syukur ke atas rahmat-Nya..
Aku masih bernyawa hingga ke hari ini..

Hidup penuh warna-warni..
sedar tak sedar kita sendiri yang mewarnai
kehidupan kita seharian..

Alhamdulillah.. Masjid yang dibina bersama Cik S.A menghampiri
tahun ke-2.. Alhamdulillah...
Kami Bahagia...
Walaupun masih berdua.. kami masih ada family&adik bradik yang support kami..
Rezeki Allah tu luas..
Terpulang kepada kita sebagai hambaNya menerima nikmat REZEKI yang diberikan
kepada kita setiap hari tak pernah putus..

Ada org menterjemahkan REZEKI sebagai wang ringgit yang banyak  angka kosong..
10..100..1000..10000..100000..1000000..
Ada pula yang menerima REZEKI itu dari segi makanan..
Ada juga yang mentafsir REZEKI itu sebagai harta benda..
Ada org menganggap REZEKI adalah masa depan..
Ada manusia menterjemahkan REZEKI umur yang panjang..
Setiap manusia mempunyai pendapat masing-masing...
dan semuanya adalah sama.. REZEKI itu dari ALLAH..
dan setiap apa yang terjadi ada Hikmah..

Alhamdulillah..aku bersyukur...
Rezeki aku tak pernah putus..
Walaupun kadang-kadang...
Terasa pahit untuk menerima ketentuanNya..
Ada kemanisan selepas kepahitan yang aku rasai..
Kesedihan dan kehilangan..
memang terasa.. lagi-lagi Cik S.A..
Bila baby dlm kandungan pergi meninggalkan kami..
tanpa sebarang tanda..
Kami redha..

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kami..
Mungkin belum REZEKI kami untuk
nak menjadi seorang IBU dan AYAH..

Aku percaya kepada KETENTUAN dan KETETAPAN yang telah tertulis..
dan aku percaya setiap apa yang terjadi...
Ada HIKMAH..

Kita hanyalah Hamba..kita hanyalah Insan yang lemah..
memang kita akan sentiasa rasa kecewa dan sedih..
Tapi sampai bila...????

Kita kena KUAT..
Kita kena Percaya Allah tidak akan menguji seseorang manusia itu kalau dia tidak mampu menerimanya..
Jadi...
Bila Allah bagi kita kedukaan..
Allah nak kita menjadi lebih kuat..
Allah nak kita menjadi lebih baik..
Kita akan lebih dekat dengan ALLAH..
Allah akan gantikan kedukaan itu kepada kemanisan..
Masalah penentu segalanya..
Kita boleh merancang dan berusaha..
DIA yang menentukan..

Sekian... Assalamualaikum..